
Honduras Finca Liquid Ambar 100% Arabica (ORGANIC)
TERHAD! Hanya 120kg available untuk beans Honduras Finca Liquidambar ini. Sila dapatkannya sebelum terlambat!
SINGLE ORIGIN merupakan kopi yang berasal dari satu daerah ataupun ladang ataupun negara. Kebiasaannya single origin mempunyai nota rasa tersendiri yang unik dan terhasil bergantung kepada cara biji kopi tersebut diproses selepas ianya dipetik.
Selalunya single origin diminum dengan cara seduhan manual/V60. Akan tetapi, single origin dari ASK COFFEE ROASTERY boleh dinikmati menggunakan mesin espresso.
Malahan boleh juga diminum bersama dengan susu segar, kerana kami memanggang beans SINGLE ORIGIN kami sehingga tahap optimum yang mengeluarkan rasa biji kopi yang sebenar.
Biji kopi dari Honduras Finca Liquidambar ini menghasilkan rasa Caramel Toffee, Walnuts, dan Milk Chocolate
Tahap panggangan : Medium dark roast
Untuk tempahan wholesale/pukal boleh terus hubungi kami di 01162668118.
Jika grind size untuk peralatan kopi anda tidak tersenarai, boleh DM atau tinggalkan nota semasa check out, grind untuk peralatan apa, kami akan grindkan.